Tuesday, September 13, 2005

Bahasa Jiwa Bangsa

Semasa di bangku sekolah, saya memang terpegun dengan bahasa kebangsaan dan lazim berbahasa Melayu di kalangan rakan seperjuangan di SMK Taman Melawati. Saya amat tertarik dengan kebolehan bahasa Melayu untuk menyampaikan makna tersirat dengan lembut, tidak menyinggungkan, dan mengelakkan tusukan hati. Ini, saya percaya, mencerminkan budi orang Melayu yang sopan, lemah-lembut dan sentiasa menimbangkan perasaan penerima/pendengar. Peribahasa mungkin antara ciptaan/rekaan yang paling berguna dewasa ini.
Walau bagaimanapun, sejak menjejak kaki di rantau orang, saya dapati penguasaan bahasa saya semakin hari, semakin merosot dan ini amat membimbangkan dan mendukacitakan saya. Pernah, saya duduk terpaku di bangku menghadap skrin komputer alih, kerana buntu memikirkan perkataan yang sesuai untuk menulis sepucuk surat. Itupun, surat rasmi yang tidak biasa disertakan bahasa berbunga. Apalagi karangan dan sajak yang gemar saya baca.
Lebih-lebih lagi, pelajar Malaysia di luar negara lazim bergaul dalam bahasa Inggeris untuk membiasakan diri dengan bahasa pengajaran di universiti. Meskipun ada kalanya kami bertutur dalam bahasa Melayu, sudah menjadi kebiasaan untuk mencampur aduk kata-kata Inggeris. Tambahan pula, bahasa pergaulan mana ada bandingannya dengan bahasa karangan?Saya berharap melalui usaha pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman web ini [www.dbp.gov.my], saya dapat memperkukuhkan penguasaan saya dalam bahasa ini, dan seterusnya menonjolkan kebanggaan saya terhadap bahasa kebangsaan ini. Ada terlintas di fikiran saya, untuk menjalankan segala perutusan saya melalui e-mail dan MSN dalam bahasa Melayu, tetapi saya jangka jumlah rakan yang tidak janggal bergaul dengan saya akan turut merosot!
Sememangnya, bahasa jiwa bangsa!

--->TRANSLATION
During my school days, i was always impressed by our national language and it was not uncommon for me to converse using the language with my fellow comrades at SMK Taman Melawati. I was very taken by the ability of the Malay language to relay a hidden message (cushion the damage, if your must), gently, to avoid hurt and heartsickness. I believe, this mirrors the softspokenness, conscientousness and consideration the Malay people have towards the feelings of their listeners. The proverbs were probably the most useful creation in today's world.
However, since setting foot on foreign ground, i've discovered that my command of the language worsens as the days go by, and this worries and saddens me. Once, i sat, nailed to my seat facing my laptop screen, at my wit's end trying to come up with suitable words to write a formal letter. That being said, formal letters seldom employ flowery language. What about the essays and poetry i used to enjoy reading?
In addition, Malaysian students overseas frequently converse in English to acclimatise themselves with the mode of instruction at the university. Though there are times we speak in Malay, it's a common habit to add and jumble some common English words. Furthermore, how can conversation Malay be compared to the written language?
I sincerely hope that by the efforts of the Dewan Bahasa dan Pustaka through this website [www.dbp.gov.my], i am able to strengthen my command of the language, and consequently, portray the pride i have of this national language of mine. It has crossed my mind to do all my correspondence via e-mail and MSN in Malay, but i foresee the amount of friends who will comfortably mingle with me to fall drastically!
Language is truly the soul of the nation!

2 comments:

Anonymous said...

Get to this internet based business website that pretty much covers internet based business related stuff.

You could by to check it out, when you get the time. They have good stuff!!

AmandaFaith said...

omgawd if what u wrote is with ur deteriorating bm then i cannot imagine what you're super good bm is like! i can barely write like that! its amazing how ive not failed bm YET!